Monday, September 13, 2010

DODOL KENTANG

Kuih ni memang jarang orang nak membuatnya. Oleh kerana suami dan anak-anak suka makan maka berusahalah saya cuba membuatnya demi mengekalkan warisan mak mertua saya ini. Bahan-bahannya ringkas sahaja cuma mengacaunya sahaja yg memerlukan kesabaran dan tenaga . 6 jam mengacaunya.          
 
Bahan-bahannya:  
  1. 4 kampit tepung pulut.
  2. 3.5kg gula pasir.
  3. 1.5 kg gula merah
  4. 1.5kg kentang direbus dan dikisar halus
  5. 3 helai daun pandan
  6. 4 kg santan

cara-caranya: gula merah dicairkan bersama 1.5 liter air. Tapis. Masukkan kedalam kuali dan didihkan. Masuk gula pasir, didih hingga gula pekat. Sementara itu, bancuh tepung pulut dan santan didalam mangkuk. Masukkan kisaran kentang. Tapis adunan supaya tidak bergentel. Masukkan kedalam gula yg mendidih pekat.Kacau sentiasa supaya tidak berkerak selam lebih kurang 6 jam.

3 comments:

  1. salam kenal..tq singgah blog PCL

    dah tentu lain sikit rasannya dari dodol biasa..bagus jgk tu bole menarik minat org2 baru makan kiuh tradisional..

    ReplyDelete
  2. salam kenal hanis, 1st time dengar ada dodol kentang ya..

    ReplyDelete
  3. K.Nor: sebenarnya kentang tu berfungsi sebagai pelembut adunan. Dodol tak rasa liat sangat. Boleh ganti dengan keledek atau labu, tapi akan mengubah rasa. Kentang tidak mempengaruhi rasa.

    ReplyDelete